Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Selamat bergraduasi Zayn Rayyan’, ibu arwah kongsi gambar disunting anak ‘lulus’ prasekolah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Selamat bergraduasi Zayn Rayyan’, ibu arwah kongsi gambar disunting anak ‘lulus’ prasekolah

Feb 05, 2024 | 06:30 PM



Kuala Lumpur: “Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan,” tulis ibu kepada kanak-kanak autisme yang dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, Cik Ismanira Abdul Manaf, 29 tahun.


Hantaran itu dimuat naik Cik Ismanira di akaun media sosial beliau, yang turut memaparkan gambarnya yang disunting dengan arwah anaknya sebagai tanda kenangan.

“Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan abang macam ibu bapa yang lain, Mommy dapat sunting macam ini saja,” tulisnya dalam satu catatan di Facebook dan Instagram baru-baru ini.

Menurutnya, majlis konvokesyen itu diadakan di SK Damansara Damai (2), Petaling Jaya, Selangor, pada 1 Februari lalu.

“Mommy bangga dengan setiap pencapaian abang (Zyan). Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian abang, Mommy tetap bangga.

“Terima kasih kepada warga SK Damansara Damai (2) di atas jemputan ke Majlis Konvokesyen semalam. Ia akan menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga,” katanya.

Menerusi pos itu, Cik Ismanira berkongsi pasti Zyan menjadi seorang yang paling gembira kerana mendapat banyak hadiah pada majlis itu.

“Kalau abang ada ni, memang abang dah tepuk tepuk tangan sambil lompat-lompat sebab gembira dapat hadiah banyak macam ini,” katanya.

Dalam video susulan dimuat naik di media sosial, Cik Ismanira, bersama suami dan anak keduanya turut kelihatan menghadiri majlis itu untuk mengambil sijil dan hadiah tamat sekolah.

Belia juga memuat naik gambar beberapa hadiah serta trofi yang diberi kepada arwah anaknya itu atas peningkatan terbaik dalam kelas prasekolah.







Terdahulu, mayat Zayn ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, kira-kira jam 10 malam 6 Disember lalu.

Sebelum ini media melaporkan pembunuhan kanak-kanak itu perlu diperincikan bagi mengenal pasti pelaku dan motif pembunuhan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan kes itu sudah melebihi 90 peratus dari segi konvensional, saintifik dan forensik. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >