Menangani kesihatan dan kesejahteraan mental ialah keutamaan penting dalam agenda nasional Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Dalam ucapan di Parlimen pada 7 Februari, Encik Wong, juga Menteri Kewangan, turut membentangkan rancangan dan sasaran utama pemerintah dalam meningkatkan kapasiti dan sokongan berkaitan kesihatan mental menjelang 2030 atau lebih awal.





