Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tangani kesihatan mental keutamaan nasional: DPM Wong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tangani kesihatan mental keutamaan nasional: DPM Wong

Lebih ramai pakar psikiatri dan psikologi; semua poliklinik sedia khidmat kesihatan mental jelang 2030
Feb 07, 2024 | 06:40 PM



Menangani kesihatan dan kesejahteraan mental ialah keutamaan penting dalam agenda nasional Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Dalam ucapan di Parlimen pada 7 Februari, Encik Wong, juga Menteri Kewangan, turut membentangkan rancangan dan sasaran utama pemerintah dalam meningkatkan kapasiti dan sokongan berkaitan kesihatan mental menjelang 2030 atau lebih awal.

Ini termasuk meningkatkan bilangan pakar psikiatri dan psikologi sektor awam masing-masing sebanyak kira-kira 30 peratus dan 40 peratus.

Perkhidmatan kesihatan mental juga akan diperkenalkan kepada semua poliklinik dan lebih 900 klinik perubatan umum (GP), manakala tambahan 28,000 kakitangan dan relawan barisan hadapan akan membantu mengenal pasti mereka yang mengalami kesihatan mental, ujar Encik Wong.

Demikian antara langkah yang bertujuan tangani kebimbangan disuarakan 27 Anggota Parlimen (AP) pada 6 dan 7 Februari dalam perbahasan usul yang dikemukakan lima AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengenai meningkatkan sokongan kesihatan mental.

Mereka membangkitkan kebimbangan mengenai masa menunggu yang lama dan kesukaran mendapatkan janji temu di institusi sektor awam bagi kesihatan mental, serta kesedaran dan pemahaman terhad tentang keadaan kesihatan mental.

Tekanan kesihatan mental yang semakin lazim dalam kalangan belia dan warga tua menjadi tumpuan. Dewan meluluskan usul itu pada 7 Februari.

Encik Wong, yang pertama daripada lima pemegang jawatan politik untuk berucap mengenai usul itu, mengakui kepentingan kesihatan mental telah berkembang di Singapura dan serata dunia, dengan pandemik Covid-19 memburukkan lagi keadaan.

Pasukan Bertindak Antara Agensi Kesihatan dan Kesejahteraan Mental, dahulunya dikenali sebagai Pasukan Bertindak Kesejahteraan Mental Covid-19, telah mengeluarkan Strategi Kesihatan dan Kesejahteraan Mental Nasional dengan rancangan untuk mengatasi kekurangan sedia ada dan mengukuhkan ekosistem.

“Rancangan kami tidak statik. Kami akan terus mengembangkan dan mengemas kini, termasuk mengambil banyak cadangan berguna daripada anggota dalam perbahasan ini,” kata Encik Wong.

Beliau menambah, rangkaian huraian yang meluas diperlukan, memandangkan isu kesihatan mental memerlukan pendekatan di pelbagai tahap.

Oleh itu, meningkatkan kesihatan mental bukan hanya mengenai usaha menggajikan lebih ramai pakar psikiatri atau membina lebih banyak kapasiti di Institut Kesihatan Mental – walaupun itu akan diusahakan – tetapi juga mengukuhkan keupayaan di tempat lain seperti di poliklinik, GP, sekolah, tempat kerja dan masyarakat, jelas Encik Wong.

Encik Wong turut menekankan meskipun terdapat rancangan untuk meningkatkan sokongan kesihatan mental, sikap dan pemikiran orang ramai harus diubah.

“Singapura perlu menghapuskan stigma keadaan kesihatan mental supaya orang ramai tidak teragak-agak mendapatkan bantuan.

“Kita melihat sikap yang berubah. Tetapi stigmanya kekal, dan kita boleh melakukan lebih banyak lagi untuk membina masyarakat yang mana kita membantu satu sama lain, mengatasi tekanan hidup, dan bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain, dan membentuk ruang selamat untuk mereka,” tambah Encik Wong. 

Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang; Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary; Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam; Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua turut berucap di Parlimen mengenai usaha kementerian masing-masing dalam membantu menangani kesihatan mental di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >