Seorang pemandu yang didakwa terlibat dalam satu nahas langgar lari di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) pada 6 Februari telah dikenakan beberapa tuduhan, termasuk menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dengan memandu secara bahaya.
Pua Yui Loon, 27 tahun, seorang warga Malaysia, dipercayai melarikan diri ke Malaysia selepas kejadian itu.





