Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pemandu M’sia yang larikan diri dalam kemalangan maut di BKE didakwa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu M’sia yang larikan diri dalam kemalangan maut di BKE didakwa

Feb 09, 2024 | 03:45 PM



Seorang pemandu yang didakwa terlibat dalam satu nahas langgar lari di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) pada 6 Februari telah dikenakan beberapa tuduhan, termasuk menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dengan memandu secara bahaya.

Pua Yui Loon, 27 tahun, seorang warga Malaysia, dipercayai melarikan diri ke Malaysia selepas kejadian itu.

Dia ditangkap pada 7 Februari apabila dia cuba memasuki Singapura menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Selain tuduhan menyebabkan kematian penunggang motosikal itu, Encik Joshua Chiam Chee Wai, 22 tahun, Pua juga dikenakan lagi empat tuduhan lain pada 9 Februari berkait nahas tersebut.

Dia dituduh menyebabkan kecederaan teruk ke atas pembonceng mendiang Encik Chiam, Cik Siti Noor Diyana Abdul Rahim, 23 tahun, dengan memandu secara bahaya.

Pua turut dituduh gagal berhenti selepas kemalangan itu.

Dia juga dipercayai telah gagal menawarkan bantuan kepada Cik Siti dan dikenakan satu lagi tuduhan kerana tidak melaporkan kemalangan itu dalam tempoh 24 jam.

Polis berkata dalam satu kenyataan pada 8 Februari, bahawa sebelum kemalangan itu, Encik Chiam sedang menunggang motosikal di BKE menuju ke Woodlands bersama Cik Siti.

Kenderaan kendalian Pua, didakwa melanggar motosikal Encik Chiam. Mendiang disahkan maut di tempat kejadian.

Cik Siti, yang mengalami beberapa kecederaan serius, dikejarkan ke hospital. Dokumen mahkamah tidak mendedahkan maklumat berkenaan kecederaannya.

Polis berkata dengan bantuan rakaman video saksi kejadian, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan kamera polis, pegawai Polis Trafik dan ICA berjaya mengenal pasti pemandu terbabit.

Polis tidak menyatakan kenapa Pua kembali ke Singapura.

Pada 9 Februari, dia diarah direman di Divisyen Polis Bedok dan kesnya telah ditangguh ke 16 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >