Usaha meningkatkan tenaga kerja kejururawatan Singapura membuahkan hasil, dengan 5,600 jururawat menerima tawaran untuk bekerja dalam sistem penjagaan kesihatan awam pada 2023, termasuk 4,500 telah mendaftar untuk bekerja.
Ditemui semasa melawat Hospital Tan Tock Seng (TTSH), pada 10 Februari, hari pertama sambutan Tahun Baru Cina, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata jumlah yang diambil melebihi sasaran yang diumumkan sebelum ini.





