MUAR (Johor): Seorang lelaki warga asing yang terbabit dalam satu pergaduhan di lebuh raya menggunakan tongkat kayu di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat Pagoh, Johor pada 10 Februari lalu, direman empat hari bermula 11 Februari.
Majistret Cik Nurfarah Syahidah Mohd Noh mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.





