Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki warga asing gaduh guna tongkat ditahan reman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki warga asing gaduh guna tongkat ditahan reman

Feb 13, 2024 | 12:59 PM



MUAR (Johor): Seorang lelaki warga asing yang terbabit dalam satu pergaduhan di lebuh raya menggunakan tongkat kayu di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat Pagoh, Johor pada 10 Februari lalu, direman empat hari bermula 11 Februari.


Majistret Cik Nurfarah Syahidah Mohd Noh mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar, berkata suspek berusia 40-an tahun itu ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor di Genting Highlands, pada 3.30 pagi 11 Februari.

“Polis turut merampas kereta dipandu suspek yang digunakan pada hari kejadian,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 12 Februari.


Pada 10 Februari lalu suspek yang memandu kereta Mitisubishi Lancer dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul pengguna jalan raya menggunakan tongkat.

Dalam kejadian 1.58 tengah hari itu, suspek bertindak memukul seorang lelaki tempatan kerana tidak berpuas hati apabila kenderaannya dihalang menggunakan laluan kecemasan.

Difahamkan, ketika kejadian, keadaan lebuh raya sesak memandangkan cuti Tahun Baru Cina dengan suspek memandu kereta menggunakan laluan kecemasan.

Mangsa bersama ahli keluarga menaiki Toyota Innova kemudian bertindak menghalang kenderaan suspek, menyebabkan berlaku pertengkaran mulut.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum ternampak Mitsubishi Lancer dipandu warga asing menggunakan laluan kecemasan.

Selain pertengkaran mulut, suspek turut mengetuk cermin kenderaan lelaki itu sebelum beredar.

Dalam pada itu sebanyak 4,764 kemalangan dicatat dalam tempoh tiga hari Op Selamat 21 sempena Tahun Baru Cina dilancarkan pada 9 Februari lalu, dengan 44 daripadanya adalah kemalangan maut.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapari, berkata 5,891 kenderaan direkodkan dalam kemalangan jalan raya mengikut perangkaan itu.

“Sebanyak 44 kemalangan maut direkodkan membabitkan 46 kematian dan daripada jumlah itu, 69 peratus atau 32 mangsa adalah penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya dalam kenyataan pada 11 Februari.

Sebanyak 5.78 juta kenderaan memasuki Plus menuju utara, selatan dan timur tanah air dengan purata 1.97 juta kenderaan pada satu-satu masa sepanjang Tahun Baru Cina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >