KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik tiga akaun media sosial yang dipercayai mengugut peguam, Cik Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata tiga kertas siasatan dibuka berhubung ugutan itu, termasuk satu yang sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya...





