Pasukan acara renang berganti-ganti (relay) medley 4x100 meter wanita Singapura melakar sejarah dengan melayakkan diri dalam Olimpik 2024 di Paris.
Menurut laporan The Straits Times (ST), pasukan yang dianggotai Quah Ting Wen, Quah Jing Wen, Letitia Sim dan Levenia Sim mencatatkan masa 4 minit 2.88 saat dalam peringkat saringan pada 18 Februari di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.





