Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan renang wanita S’pura tempa sejarah layak ke Olimpik Paris

Feb 19, 2024 | 06:30 PM



Pasukan acara renang berganti-ganti (relay) medley 4x100 meter wanita Singapura melakar sejarah dengan melayakkan diri dalam Olimpik 2024 di Paris.

Menurut laporan The Straits Times (ST), pasukan yang dianggotai Quah Ting Wen, Quah Jing Wen, Letitia Sim dan Levenia Sim mencatatkan masa 4 minit 2.88 saat dalam peringkat saringan pada 18 Februari di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.


Mereka terlepas ke peringkat akhir dan menghabiskan kejohanan itu di tangga kesembilan.

Catatan masa itu memecahkan rekod kebangsaan iaitu 4 minit 6.97 saat yang dicatatkan dalam Sukan SEA Kemboja 2023.

Jurulatih renang kebangsaan, Gary Tan, berkata beliau diselubungi perasaan bercampur-baur.

“Ini satu kejayaan besar. Kami telah mencuba dalam setiap edisi kejohanan dunia agar pasukan berganti-ganti dapat memasuki Olimpik.

“Tetapi setiap kali kami cuba dan gagal, ia adalah di belakang satu tangga atau perbezaan masa begitu kecil.

“Dan apabila kami melihat masa yang kami catatkan (kali ini), kami boleh menarik nafas lega,” katanya.

Beliau menambah, ia merupakan penantian selama sembilan tahun sejak beliau menyertai pasukan kebangsaan untuk melihat pasukan renang Singapura menjejakkan kaki ke temasya Olimpik.

Ting Wen, Jing Wen, Letitia dan Levenia perlu menamatkan saingan dalam kelompok 13 teratas daripada 23 kuartet yang bersaing untuk mengesahkan tempat mereka di Paris – keputusan itu sedang menanti pengesahan oleh Akuatik Dunia dan akan diumumkan pada 13 Jun.

Ia merupakan kali pertama pasukan renang berganti-ganti Singapura layak ke Olimpik secara merit.

Sebelum ini, pasukan lari berganti-ganti lelaki telah diberi tempat untuk bersaing dalam Sukan Seoul 1988 dan Atlanta 1996.

Dalam Sukan Asia Hangzhou pada 2023, kuartet renang sama dibatalkan kelayakan pada peringkat akhir – Ting Wen terjun terlalu awal semasa pertukaran terakhir.

Namun demikian, pencapaian baru-baru ini menjadi penebus kekecewaan Sukan Asia.

Ting Wen berkata: “Saya lega, dan juga gembira. Hari ini adalah sesuatu yang saya telah berusaha keras selama tiga bulan lalu, dan saya datang ke sini dengan misi untuk melakukan sesuatu yang hebat dengan pasukan saya.

“Perjalanan lancar hari ini ialah kami berempat mempercayai satu sama lain bagi melakukan apa yang perlu kami lakukan untuk berenang pantas, dan kepercayaan itu meredakan rasa gemuruh terhadap keputusan itu.

“Saya datang ke (kejohanan) sini untuk menebus diri saya selepas kekecewaan dalam Sukan Asia, dan saya berharap saya dapat membanggakan rakan sepasukan saya.”

Selain daripada pasukan renang berganti-ganti, Jonathan Tan (gaya bebas 50 meter) dan Letitia (kuak dada 100 meter) turut layak bagi acara individu di Paris dengan Gary Tan berharap lebih ramai rakan sepasukan mereka akan dapat menyertai mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >