PORTO (Portugal): Arsenal, yang telah menjaringkan 21 gol dalam lima perlawanan terakhir Liga Perdana England (EPL), menunjukkan permainan agak lesu dan akhirnya tewas 0-1 dalam pertandingan sengit menentang FC Porto.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, merungut kerana pasukannya kurang menyerlah sedang gol menakjubkan pemain Galeno pada masa kecederaan membantu FC Porto mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara...





