Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arsenal kurang mengancam, Arteta merungut  

Feb 22, 2024 | 5:30 PM
Pemain sayap FC Porto, Galeno (terbaring), meraikan jaringan kemenangannya bersama rakan sepasukan selepas mengalahkan Arsenal 1-0 semasa perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stadium Estadio do Dragao, Porto.
Pemain sayap FC Porto, Galeno (terbaring), meraikan jaringan kemenangannya bersama rakan sepasukan selepas mengalahkan Arsenal 1-0 semasa perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stadium Estadio do Dragao, Porto. - Foto AFP

PORTO (Portugal): Arsenal, yang telah menjaringkan 21 gol dalam lima perlawanan terakhir Liga Perdana England (EPL), menunjukkan permainan agak lesu dan akhirnya tewas 0-1 dalam pertandingan sengit menentang FC Porto.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, merungut kerana pasukannya kurang menyerlah sedang gol menakjubkan pemain Galeno pada masa kecederaan membantu FC Porto mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah pada 22 Februari.

Tampil buat kali pertama pada peringkat kalah mati pertandingan elit kelab Eropah itu dalam tempoh tujuh tahun, Arsenal bergelut untuk mengalahkan FC Porto sebelum Galeno tampil dengan gol kemenangan pada minit ke-94.

Kekalahan itu menamatkan rentetan lapan perlawanan tanpa kalah Arsenal menentang kelab Portugal.

Kini pasukan dari London itu perlu bekerja lebih keras bagi menghadapi perlawanan kedua di bandar itu pada 12 Mac.

“Kami kurang mengancam. Kami kurang agresif,” kata Artena kepada TNT Sports.

“Jadi kami akan mengubah suai beberapa perkara untuk menyerang dengan lebih baik,” tambahnya.

Apabila ditanya jika kekurangan pengalaman Arsenal bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah mungkin menjadi faktor mereka melepaskan gol pada saat akhir, Arteta berkata: “Ia hanya bola terakhir.”

“Banyak perkara lain yang mereka lakukan buat kali pertama di sini, ia sangat bagus,” tambahnya.

Arsenal akan bertemu Newcastle United bagi perlawanan EPL selepas ini. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg