Dari remaja yang cari rezeki menjual buah mata kucing di pusat hiburan malam Eastern World sekitar Geylang pada 1950-an, Encik Samsudin Yassin mempelajari selok-belok bermain muzik untuk bangsawan yang dipentaskan di situ.
Beliau teruja mempelajari bermacam-macam alat muzik daripada piano, ukelele, akordian kepada biola.





