Pemerintah akan melabur lebih $20 juta sepanjang tiga tahun mendatang untuk mempertingkatkan latihan Kecerdasan Buatan (AI) bagi pelajar, dalam usahanya mengembangkan bekalan pengamalnya demi menyokong pertumbuhan permintaan bagi AI.
Ia adalah antara inisiatif AI untuk mendorong pertumbuhan ekonomi Singapura yang seterusnya, yang diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada 1 Mac.





