Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura akan labur $20j latih pelajar jadi pengamal AI

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura akan labur $20j latih pelajar jadi pengamal AI

Josephine umum pelbagai daya usaha persiap perkembangan AI,
demi pertumbuhan ekonomi yang seterusnya
Mar 01, 2024 | 07:54 PM



Pemerintah akan melabur lebih $20 juta sepanjang tiga tahun mendatang untuk mempertingkatkan latihan Kecerdasan Buatan (AI) bagi pelajar, dalam usahanya mengembangkan bekalan pengamalnya demi menyokong pertumbuhan permintaan bagi AI.

Ia adalah antara inisiatif AI untuk mendorong pertumbuhan ekonomi Singapura yang seterusnya, yang diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada 1 Mac.

Dalam perbahasan itu, sekurang-kurangnya 15 Anggota Parlimen (AP) menyebut tentang pembangunan AI dalam ucapan mereka.

Rata-rata mereka menyuarakan sokongan bagi peruntukan lebih $1 bilion sepanjang lima tahun akan datang untuk memangkinkan kegiatan AI di Singapura yang diumum dalam Belanjawan 2024.

Cik Teo menerangkan bahawa dalam dunia AI, terdapat masyarakat pencipta, pengamal dan pengguna.

Setiap bandar yang bercita-cita menggunakan AI mahukan seramai mungkin bakat AI dan persaingannya sangat sengit, kata beliau.

Bagi mengembangkan bekalan pencipta AI, pemerintah akan melancarkan Jawatan Profesor Pelawat AI untuk penyelidik AI bertaraf dunia bekerjasama dengan Singapura, kata Cik Teo.

Pemerintah juga akan bekerjasama dengan AI Singapore dan universiti tempatan untuk melancarkan Program Sarjana AI Dipercepat baru bagi mengembangkan bekalan pengkaji AI warga Singapura.

Pelaburan $7 juta itu juga bertujuan mempersiap pelajar untuk menceburi bidang penyelidikan AI atau mempertingkatkan daya saing mereka bagi program doktor falsafah (PhD) AI.

Sementara itu, dalam usaha menambah bekalan pengamal AI di Singapura sebanyak tiga kali ganda kepada 15,000 sepanjang lima tahun akan datang, Cik Teo berkata sebagai langkah permulaan, pemerintah akan mempertingkat latihan pengamal AI untuk pelajar.

Pengamal AI termasuk saintis data dan jurutera pembelajaran mesin yang membangunkan dan menterjemah penggunaan AI dalam pertubuhan dan merentas ekonomi.

Antara lain, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan menambah bilangan Biasiswa Digital SG berkaitan AI bagi peringkat sarjana muda, sarjana dan PhD di samping memberi akses kepada peluang latihan amali luar negara dalam peranan berkaitan AI.

Biasiswa itu bertujuan menyokong pelajar yang berminat meneruskan kerjaya dalam AI dan membolehkan pelajar bekerja dalam industri tersebut selepas tamat pengajian.

Selain pelajar, pemerintah akan menyokong lulusan baru dan pekerja pertengahan kerjaya yang mahu menjadi pengamal AI, kata Cik Teo.

IMDA merancang meningkatkan skala inisiatif Pemacu Kemahiran Teknologi (TeSA) dan akan memberi sokongan pembiayaan kepada majikan yang membuka tawaran kerjaya yang berkaitan, untuk menggajikan dan melengkapi penduduk tempatan melalui peluang peningkatan kemahiran dan latihan berkaitan industri.

Sejajar usaha mengembangkan masyarakat pencipta dan pengamal AI di Singapura, Cik Teo berkata pemerintah akan melengkapi tenaga kerja yang lebih luas selaku pengguna AI yang yakin.

“Ini mungkin cara terbaik untuk mengelakkan daripada digantikan di tempat kerja disebabkan AI, seperti yang dikhuatiri ramai AP,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >