BAGAN DATUK: Umno dan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon di enam kawasan Parlimen yang ketika ini disandang Ahli Parlimen (AP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri, sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK).
Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan kesediaan itu susulan jangkaan berlaku PRK, selepas Bersatu meminda Perlembagaan parti...





