Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Umno sedia letak calon rampas kembali 6 kerusi Parlimen Bersatu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Umno sedia letak calon rampas kembali 6 kerusi Parlimen Bersatu

Mar 04, 2024 | 11:55 AM



BAGAN DATUK: Umno dan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon di enam kawasan Parlimen yang ketika ini disandang Ahli Parlimen (AP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri, sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK).


Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan kesediaan itu susulan jangkaan berlaku PRK, selepas Bersatu meminda Perlembagaan parti untuk melucutkan keahlian enam AP-nya yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kawasan Parlimen Kuala Kangsar, Gua Musang, Labuan, Jeli, Bukit Gantang dan Tanjung Karang itu adalah kerusi tradisi parti yang diketuainya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya akan melihat kepada keputusan mahkamah terlebih dahulu berhubung pindaan perlembagaan Bersatu berkaitan pengosongan enam kerusi Parlimen berkenaan.

“(Enam) kerusi itu adalah kerusi yang dulunya dipegang oleh Umno, jadi kita akan mengadakan rundingan dengan kepimpinan Kerajaan Perpaduan untuk menentukan jika ada pengosongan kerusi terbabit, pasti ia untuk mendapatkan semula (kerusi) dan memberi keutamaan kepada calon Umno serta BN,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Ketika Perhimpunan Agung Khas Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang, Selangor, pada 2 Mac, Bersatu meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan berkenaan terpaksa dibuat kerana tindakan enam AP Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri tanpa keluar daripada parti.

Beliau berkata mereka tidak keluar daripada Bersatu kerana Perkara 49A(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seseorang AP akan hilang kerusi jika keluar daripada parti.

“Kita pinda Perlembagaan parti supaya keahlian mereka terlucut serta-merta dan di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerusi Parlimen mereka mesti dikosongkan dan PRK perlu diadakan,” katanya.

AP yang terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang); Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Encik Zahari Kechik (Jeli); Encik Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Sebelum ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata parti itu akan membuka ‘war room’ di enam kawasan Parlimen berkenaan, bagi membolehkan parti membuat persediaan awal untuk memenangi enam kerusi itu sekiranya PRK diadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >