Bahasa Melayu tidak seharusnya dilihat sebagai subjek bahasa ibunda semata-mata untuk pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah, jelas Cik Nur Amalina Shalan.
Sebaliknya, guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Commonwealth itu berkata, ia perlu dilihat dari sudut praktikal, memandangkan penggunaan bahasa Melayu membuka gerbang kepada pelbagai peluang.





