Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bahasa Melayu buka peluang kepada kerjaya berbeza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahasa Melayu buka peluang kepada kerjaya berbeza

Mar 06, 2024 | 05:47 PM



Bahasa Melayu tidak seharusnya dilihat sebagai subjek bahasa ibunda semata-mata untuk pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah, jelas Cik Nur Amalina Shalan.

Sebaliknya, guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Commonwealth itu berkata, ia perlu dilihat dari sudut praktikal, memandangkan penggunaan bahasa Melayu membuka gerbang kepada pelbagai peluang.

Antara peluang yang dimaksudkan adalah dalam sektor seperti kewartawanan, khususnya dalam penerbitan bahasa vernakular.

Demikian antara perkara yang dikongsinya selepas sesi lawatan sambil belajar bagi pelajar Bahasa Melayu Lanjutan (HML) beliau ke bilik Berita Harian (BH) pada 6 Mac.


Sesi tersebut menyaksikan 11 pelajar melibatkan diri dalam asas kewartawanan, di samping berpeluang meninjau di sebalik tabir operasi bilik berita dan mempelajari tugas wartawan.

Ia dianjurkan oleh Gen G, naskah pelajar terbitan BH, sebagai sebahagian daripada usaha pelibatan dengan sekolah-sekolah yang melanggani naskah tersebut.

Sesi tersebut disampaikan oleh wartawan BH yang juga Editor Gen G, Encik Izwandi Azman.

Cik Nur Amalina berkata, lawatan itu adalah sebahagian daripada program pembangunan bakat sekolah menengah tersebut bagi pelajar yang mengambil HML.

Pendidik berusia 31 tahun itu berkata: “Kami ingin memberi pendedahan kepada pelajar HML, selain ingin memberi penekanan terhadap nasihat kerjaya pendidikan.

“Barangkali pelajar tidak sedar akan rasional, kepentingan dan kerelevanan bahasa Melayu, dan (subjek) bahasa ibunda secara keseluruhan, dari segi kerjaya.

“Dengan lawatan ke sini (bilik berita), mereka dapat sedar bahawa bahasa boleh digunakan sebagai perantara bagi kerjaya – misalnya paling menonjol ialah di BH.”

Selain itu, beliau akur bahawa disebabkan kesan perubahan masa kini, mutu penggunaan bahasa Melayu dilihat sebagai “semakin mengurang”.

Justeru, adalah penting bahawa pendekatan pembelajaran sesebuah bahasa itu haruslah condong ke arah menjana pemikiran.

“Bagi saya, selagi mana pelajar saya dapat berfikir secara kritikal melalui bahasa Melayu, ia adalah kayu ukur yang baik buat diri saya,” kata Cik Nur Amalina.

Mengenai sesi tersebut, beliau menyambut baik pendekatan Gen G dalam memperkenalkan struktur penyiapan laporan, memandangkan cara penulisan laporan berita berbeza dengan laporan yang biasa ditulis oleh pelajar.

Salah seorang pelajar yang terlibat, Muhammad Haziq Zainuddin, menjelaskan sesi tersebut membuka matanya dan memberinya gambaran sekilas kehidupan sebagai seorang wartawan.

Dia juga mendapati isi kandungan sesi tersebut menarik kerana, “banyak perkara yang perlu dilakukan wartawan dalam had tempoh tertentu”, misalnya membuat kajian dan mempersiapkan soalan, di samping menulis laporan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >