Memandangkan terbatasnya cara mengurangkan kos, Scoot – cabang bajet syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) – akan berusaha meningkatkan pendapatan daripada penjualan tempat duduk dan tawaran tambahan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos ke atas margin keuntungannya.
Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Encik Leslie Thng, pada 7 Mac, selepas SIA Group mencatatkan kemerosotan 19.3 peratus dalam keuntungan operasi bagi suku ketiga...





