Sempena Ramadan, 23 kumpulan penunggang motosikal setempat dan 14 penaja telah menggembleng tenaga untuk mengagihkan bubur dan nasi beriani kepada orang ramai di Joo Chiat Complex pada 17 Mac.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, ikut serta dalam acara pengagihan tersebut.





