Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kumpulan motosikal agih bubur sempena Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan motosikal agih bubur sempena Ramadan

Mar 17, 2024 | 07:43 PM



Sempena Ramadan, 23 kumpulan penunggang motosikal setempat dan 14 penaja telah menggembleng tenaga untuk mengagihkan bubur dan nasi beriani kepada orang ramai di Joo Chiat Complex pada 17 Mac.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, ikut serta dalam acara pengagihan tersebut.

Daya usaha ini dimulakan pada 2022 dengan kerjasama Jalur Budaya Geylang Serai (GSCB), yang telah menyaksikan kumpulan penunggang motosikal setempat berkumpul untuk menderma, mendapatkan penaja, memasak dan mengagihkan bubur pada setiap Ahad di bulan Ramadan.







Selama dua tahun, pengagihan berlangsung di Wisma Geylang Serai (WGS).

Namun bagi 2024, orang ramai boleh mendapatkan bubur dan nasi beriani di Joo Chiat Complex pada 17 dan 24 Mac.

Kumpulan penunggang motosikal yang sama juga telah berganding bahu dengan Jawatankuasa Akar Umbi Kaki Bukit, bagi pengagihan bubur yang akan berlangsung setiap hari sepanjang Ramadan di kolong Blok 536 Bedok North Street 3.

Penolong Pengarah Jabatan Daerah Jalur Budaya Geylang Serai, Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha, berkata:

“Joo Chiat adalah sebahagian daripada GSCB di mana orang ramai berkumpul. Tambahan pula, ramai pekerja asing menghabiskan hujung minggu mereka bersama di sini.

“Oleh itu, Joo Chiat merupakan kawasan yang strategik untuk membuat kerja kebajikan sebegini terutama pada bulan Ramadan. Pengagihan tidak terhad kepada dua tempat, tetapi ada juga beberapa penunggang lain yang ingin mengagihkan bantuan secara kecil-kecilan di kawasan perumahan mereka.”

Beliau juga berkongsi bahawa antara 1,200 dengan 1,500 paket bubur akan diagihkan dari Isnin hingga Sabtu, dari 2 hingga 5 petang manakala pada Ahad pula, 2,000 paket bubur dan 2,500 paket nasi beriani akan disediakan.


“Di kawasan perumahan, setiap orang terhad kepada dua paket, namun mereka juga boleh meminta lebih banyak bagi isi rumah yang lebih besar. Kami menganggarkan dapat mengagihkan makanan kepada 400 hingga 600 penduduk,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >