KUALA LUMPUR: Anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, mengakui 22 Mac antara tarikh yang sering dinantikannya kerana berpeluang melihat sambutan Hari Seniman Negara sempena hari kelahiran bapanya.
Sazali, 65 tahun, berkata tiada yang lebih menggembirakan hatinya selain dapat melihat sambutan diadakan bagi mengenang jasa bapanya sebagai tokoh legenda seni biarpun sudah lebih 51 tahun beliau meninggal dunia.





