Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak P Ramlee, Sazali, nanti-nantikan 22 Mac

Mar 22, 2024 | 10:52 AM



KUALA LUMPUR: Anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, mengakui 22 Mac antara tarikh yang sering dinantikannya kerana berpeluang melihat sambutan Hari Seniman Negara sempena hari kelahiran bapanya.

Sazali, 65 tahun, berkata tiada yang lebih menggembirakan hatinya selain dapat melihat sambutan diadakan bagi mengenang jasa bapanya sebagai tokoh legenda seni biarpun sudah lebih 51 tahun beliau meninggal dunia.

Hari Seniman Negara memberi makna kepada sambutan hari jadi arwah bapanya, yang dipanggilnya ‘Daddy’, yang berusia 95 tahun jika beliau masih hidup, katanya.

“Saya hendak ucap terima kasih kepada orang ramai yang masih ingat dan mengenang jasa arwah Daddy. Sudah tentu sebagai anak, saya rasa gembira setiap kali tiba tarikh ini.

“Jadi, sebagai anak juga, saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memperingatinya. Saya pun tak mampu hendak balas jasa mereka dengan keadaan saya yang susah dan tidak sihat ini.

“Tiada apa yang boleh diucapkan selain terima kasih kerana masih ingat jasa arwah bapa. Saya berharap orang ramai dapat terus berdoa untuk arwah bapa,” katanya kepada BH Online (Malaysia).


Pada 2022, Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa, mengambil keputusan mengubah tarikh Hari Seniman Negara daripada 29 Mei kepada 22 Mac sempena tarikh kelahiran Allahyarham.

Ia bertujuan memperingati jasa dan sumbangan Allahyarham kepada industri kreatif Malaysia.

Karya beliau bukan sahaja berjaya melahirkan lebih ramai tokoh dan pakar industri kreatif, malah memperkenalkan Malaysia kepada dunia, katanya.

Allahyarham P Ramlee, yang nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh, dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 ketika umat Islam menyambut Hari Raya Puasa, iaitu 1 Syawal.

Allahyarham berlakon dalam 66 filem, dengan 35 judul di bawah arahannya, dan mencipta 250 lagu.

Mengulas mengenai rayuan agar tempoh bayaran royalti bagi karya Allahyarham dilanjutkan dari 50 tahun kepada 70 tahun, Sazali berkata beliau masih menunggu jawapan rasmi biarpun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.

“Kalau diikutkan royalti sudah tamat pada 29 Mei tahun lalu, iaitu bersamaan dengan tarikh pemergiannya. Setakat ini, saya masih belum diberitahu sama ada bakal disambung atau tidak.

“Jadi, saya pun tak tahu bagaimana kesudahannya sebab kalau diikutkan memang sudah tamat tahun lalu selepas genap 50 tahun pemergian arwah.

“Sekarang ini saya memang sudah tidak dapat apa-apa bayaran royalti itu.

“Setakat ini, masih tak ada apa-apa dimaklumkan oleh badan berwajib mengenai perkara ini. Saya juga tak boleh buat apa-apa sebab undang-undang sudah ditetapkan seperti itu.

“Kalau royalti disambung, saya gembira, tetapi saya tidak berharap. Saya bersyukur kalau dapat sebab orang lain juga akan gembira.

“Saya tidak berharap untuk dapat lagi, tapi kalau ada rezeki saya bersyukur,” katanya.

Sepanjang 50 tahun pemergian Allahyarham P Ramlee, royalti daripada karya Seniman Agung itu diagihkan kepada warisnya, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma, hingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.

Keputusan itu dibuat mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee, yang sepakat membahagikan perolehan itu bersama beberapa waris lain.

Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) diteruskan kepada waris lain, termasuk Sazali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >