Lebih 1,000 orang berbilang bangsa dan agama – terdiri daripada pemimpin, Pertubuhan Akar Umbi (GRO) dan penduduk Marine Parade, MacPherson serta Mountbatten – berkumpul untuk menyertai acara berbuka puasa beramai-ramai pada 23 Mac.
Dianjurkan kesemua tujuh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), acara yang diberi nama, Breaking Fast in Harmony atau Berbuka Puasa dalam Harmoni itu diadakan di Kelab Masyarakat MacPherson...





