Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 1,000 penduduk berbilang bangsa, agama ‘Berbuka Puasa Dalam Harmoni’

Mar 28, 2024 | 2:22 PM
(Dari kiri) Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Marine Parade, Encik Seah Kian Peng; Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng; Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten); dan Cik Tin Pei Ling (SMC MacPherson) di majlis ‘Berbuka Puasa Dalam Harmoni’.
(Dari kiri) Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Marine Parade, Encik Seah Kian Peng; Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng; Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten); dan Cik Tin Pei Ling (SMC MacPherson) di majlis ‘Berbuka Puasa Dalam Harmoni’. - Foto PA

Lebih 1,000 orang berbilang bangsa dan agama – terdiri daripada pemimpin, Pertubuhan Akar Umbi (GRO) dan penduduk Marine Parade, MacPherson serta Mountbatten – berkumpul untuk menyertai acara berbuka puasa beramai-ramai pada 23 Mac.

Dianjurkan kesemua tujuh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), acara yang diberi nama, Breaking Fast in Harmony atau Berbuka Puasa dalam Harmoni itu diadakan di Kelab Masyarakat MacPherson di Paya Lebar Way.

Ia juga disokong M³@Geylang Serai, Mesra, CDC South East, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Harmony Circle.

Makanan ditaja oleh Masjid Wak Tanjong.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut acara tersebut diadakan bagi penduduk Kelompok Marine Parade.

Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng; Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Marine Parade, Encik Seah Kian Peng; Penasihat GRO SMC MacPherson, Cik Tin Pei Ling; dan Penasihat GRO SMC Mountbatten, Encik Lim Biow Chuan.

Sebelum berbuka puasa, para hadirin mendengar perkongsian Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Mohd Mukhtar Habib Mohamed dari Masjid Wak Tanjong, mengenai perspektif Ramadan dari kaca mata Islam serta pentingnya puasa sebagai salah satu amalan kumpulan agama berbeza.

Acara berbuka puasa itu turut menekankan pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam sekitar.

Selaras dengan galakan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir ke arah Ramadan yang lebih sihat, juadah berbuka malam itu – nasi saffron dan kari ayam – merupakan hidangan ‘versi lebih sihat’ yang menggunakan beras basmati dan mengurangkan penggunaan minyak.

Hadirin turut berpeluang mengambil bahagian dalam beberapa kegiatan lain semasa acara itu termasuk menulis seni khat jawi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg