KUALA KRAI: Seorang pekerja pembersihan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer 80 Jalan Gua Musang-Kota Bharu dekat Bukit Ah Kim pada pagi 29 Mac.
Dalam kejadian 7.24 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Cik Norsyamimi Mayedin, 35 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian, lapor Berita Harian Malaysia...





