Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pekerja pembersihan M’sia maut setelah motosikal rempuh lembu lintas jalan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pekerja pembersihan M’sia maut setelah motosikal rempuh lembu lintas jalan

Mar 30, 2024 | 05:00 PM



KUALA KRAI: Seorang pekerja pembersihan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer 80 Jalan Gua Musang-Kota Bharu dekat Bukit Ah Kim pada pagi 29 Mac.


Dalam kejadian 7.24 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Cik Norsyamimi Mayedin, 35 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di HSIP Kuala Krai dari rumahnya yang terletak di RPT Chuchoh Puteri B.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal telah melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian disebabkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Superintendan Mazlan berkata statistik kemalangan membabitkan haiwan peliharaan di Kuala Krai bagi tempoh Januari hingga 29 Mac adalah sebanyak 23 kes.

“Daripada jumlah kes itu, sebanyak 20 kes membabitkan kerosakan kenderaan, dua kes membabitkan kecederaan dan satu kes maut.

“Di kawasan Kuala Krai yang selalu merekodkan kemalangan membabitkan haiwan ternakan terutamanya di kawasan Telekong, Keroh, Batu Jong, Pahi, Bukit Ahkim dan Laloh,” katanya.

Beliau menasihatkan pemilik haiwan ternakan supaya tidak membiarkan ternakan mereka dilepaskan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Pihak kami turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa melalui kawasan haiwan yang sering kali melintas jalan,” katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >