JOHOR BAHRU: Dalam memastikan kelancaran trafik di pintu masuk ke Malaysia di Johor dengan jangkaan peningkatan pelawat jelang Aidilfitri, Jabatan Imigresen Malaysia melakukan penyelarasan khususnya di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir, berkata ia termasuk usaha menambah baik tatakelola di kedua-dua pintu masuk agar aliran trafik dapat berjalan lancar...





