Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sesak jelang Aidilfitri, Imigresen Johor tambah baik kecekapan

Apr 5, 2024 | 11:48 AM
Kesesakan trafik di pintu masuk ke Malaysia bagi laluan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangulan Sultan Iskandar di Johor.
Kesesakan trafik di pintu masuk ke Malaysia bagi laluan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangulan Sultan Iskandar di Johor. - Foto FACEBOOK ONN HAFIZ GHAZI

JOHOR BAHRU: Dalam memastikan kelancaran trafik di pintu masuk ke Malaysia di Johor dengan jangkaan peningkatan pelawat jelang Aidilfitri, Jabatan Imigresen Malaysia melakukan penyelarasan khususnya di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir, berkata ia termasuk usaha menambah baik tatakelola di kedua-dua pintu masuk agar aliran trafik dapat berjalan lancar sepanjang tempoh itu.

Menurutnya, berdasarkan statistik 2023, jumlah kemasukan pelawat untuk tiga hari iaitu sehari sebelum Syawal hingga Hari Raya kedua di kededua pintu masuk adalah seramai 357,265 pelawat.

Belia berkata Jabatan Imigresen menganggarkan peningkatan pelawat yang akan masuk pada waktu sama pada 2024.

“Ia juga sangat signifikan kerana statistik tahun 2024 daripada Januari hingga Mac 2024 menunjukkan, kemasukan pelawat yang melalui pintu masuk BSI dan KSAB sebanyak 41,415,834 pelawat.

“Purata sebulan adalah 11,258,721, manakala harian pula menunjukkan 367,076 pelawat,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Encik Baharuddin berkata kaunter pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia, khususnya di BSI dan KSAB di semua lokasi pemeriksaan kereta, motosikal dan dewan bas akan dibuka secara optimum, tidak termasuk yang sedang dalam proses senggara dan mengalami masalah teknikal.

Menurutnya, pada masa sama Kumpulan Quick Response Team (QRT) akan bertugas pada syif pagi dan petang bagi memberi fokus kepada kawalan lokasi yang mengalami kesesakan.

“Selain itu, pengaktifan Laluan Kontra yang mula diperkenalkan di laluan Dewan Bas, iaitu Balai Ketibaan dan Pelepasan di Bangunan Sultan Iskandar adalah mengikut keperluan dari semasa ke semasa akan membantu mengurangkan masa menunggu pelawat di Dewan Bas sebanyak 50 peratus,” katanya.

Encik Baharuddin berkata penambahan 10 kaunter kontra kepada 22 kaunter manual asal menjadikan bilangan sebanyak 32 kaunter.

Menurutnya, tambahan enam kaunter kontra kepada 20 kaunter automatik menjadikan jumlah kaunter automatik sebanyak 26 kaunter.

“Jabatan Imigresen akan memberikan pemakluman awal 30 minit sebelum melakukan pengaktifan laluan kontra (laluan bertentangan untuk laluan tambahan).

“Seterusnya di KSAB, pengaktifan laluan kontra di zon kereta sebanyak 12 kaunter tambahan kepada 24 kaunter di laluan masuk dan keluar mengikut kesesuaian aliran trafik dari semasa ke semasa. Selain itu, 12 kaunter hibrid juga digunakan untuk laluan motosikal jika keadaan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata bagi mengimbangi keperluan kaunter di musim perayaan dan memastikan kebajikan pegawai tidak diabaikan, pemberian cuti ketika musim perayaan dan cuti sekolah akan dilakukan secara kuota dan bergilir setiap tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg