WASHINGTON: Dalam pada Rumah Putih mengalu-alukan ketibaan lebih 300 trak bantuan di Gaza pada 8 April, ia juga mendesak Israel supaya meningkatkan jumlah itu kepada kira-kira 350 sehari, ketika perbincangan gencatan senjata diteruskan di Mesir.
Jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby, berkata Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Encik William Burns, berada di Kahirah pada hujung minggu untuk pusingan serius rundingan...





