KUALA LUMPUR: Avitan Shalom, lelaki warga Israel yang ditahan di Malaysia, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 12 April atas tuduhan memperdagangkan enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 158 peluru di sebuah hotel di ibu negara, pada Mac lalu.
Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu, tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah...





