Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Warga Israel ditangkap di M’sia didakwa miliki 6 senjata api, peluru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Warga Israel ditangkap di M’sia didakwa miliki 6 senjata api, peluru

Apr 12, 2024 | 11:57 AM



KUALA LUMPUR: Avitan Shalom, lelaki warga Israel yang ditahan di Malaysia, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 12 April atas tuduhan memperdagangkan enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 158 peluru di sebuah hotel di ibu negara, pada Mac lalu.


Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu, tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

“Saya faham tuduhan, tidak bersalah,” katanya ringkas.

Mengikut tuduhan, Shalom, 38 tahun, didakwa memiliki enam senjata api dan peluru berkenaan pada 26 hingga 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons, di sini.

Tertuduh menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan, lapor Berita Harian Malaysia.


Shalom dibawa masuk ke bilik mahkamah pada 9.30 pagi dan dikawal ketat empat anggota polis memakai penutup muka.

Enam pistol yang dimilikinya ketika ditahan adalah Glock 19 USA 9x 10; Sig Sauer P3205P; Cougar 8000FT; Glock 17 Gen4 Austria 9x19; N&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA; dan Stoeger Cougar 8000F.

Awal sebelum itu, satu konvoi kira-kira enam kenderaan polis diiringi dua motosikal berkuasa tinggi polis trafik membawa suspek tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada 8.09 pagi, sebelum dibawa turun daripada trak polis seterusnya masuk ke bangunan mahkamah pada 8.11 pagi.

Shalom yang dilihat memakai kemeja-T tidak berkolar warna hitam, berseluar kargo hijau khaki dan memakai pelitup muka hitam, diiringi lebih 15 anggota polis serta pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lengkap dengan uniform taktikal dan bersenjata api.

Pada 11 April, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata:

“Siasatan (ke atas Shalom) selesai dijalankan selepas pejabat Timbalan Pendakwa Raya bersetuju dengan cadangan melakukan tuduhan kerana memiliki senjata api terhadapnya.

“Siasatan terhadap baki 14 lagi yang masih ditahan masih berjalan dan mereka masih dalam reman.”

Tan Sri Razarudin berkata siasatan terhadap 14 individu itu dibuat berhubung kaitan mereka dengan kesalahan memiliki senjata api.

“Pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung individu lain yang masih ditahan, termasuk keterangan daripada dua lelaki warga Turkey dan seorang lelaki warga Georgia,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >