LIPIS: Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk berkahwin dengan teman wanitanya selepas Aidilfitri tidak kesampaian apabila kedua-duanya terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala ke Kuala Lipis, Pahang.
Allahyarham Mazuan Mat Zin, 44 tahun, dari Kampung Sepuluh, Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan dan Allahyarhamha Kisnawita Saad, 46 tahun, dari Kampung Serkai Jadi, Tronoh, Perak disahkan meninggal...





