Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hasrat pengawal keselamatan, kekasih berkahwin selepas Aidilfitri tidak kesampaian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Hasrat pengawal keselamatan, kekasih berkahwin selepas Aidilfitri tidak kesampaian

Apr 12, 2024 | 07:06 PM



LIPIS: Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk berkahwin dengan teman wanitanya selepas Aidilfitri tidak kesampaian apabila kedua-duanya terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala ke Kuala Lipis, Pahang.


Allahyarham Mazuan Mat Zin, 44 tahun, dari Kampung Sepuluh, Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan dan Allahyarhamha Kisnawita Saad, 46 tahun, dari Kampung Serkai Jadi, Tronoh, Perak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada hari pertama Aidilfitri, 10 April akibat kecederaan parah.

Ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Allahyarham Mazuan yang menunggang motosikal dan membonceng arwah Cik Kisnawita sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Krai ke Sungai Buloh.

Kakak arwah Encik Mazuan, Cik Marliana Mat Zin, 45, berkata sebelum pulang untuk beraya pada hari kejadian, arwah adiknya itu memberitahu keluarga beliau sudah ada teman wanita dan berhasrat mengahwininya.

“Dia yang sangat gembira ketika itu, memberitahu akan pulang bersama teman wanitanya untuk diperkenalkan kepada kami pada cuti hari raya ini.

“Saya difahamkan keluarga teman wanitanya di Perak juga sudah tahu perhubungan mereka dan membenarkan wanita berkenaan berjumpa dengan kami sempena hari raya ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia di perkarangan bilik forensik Hospital Lipis, Kuala Lipis, Pahang, pada 11 April.


Cik Marliana berkata disebabkan arwah adiknya beria-ria hendak memperkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga, Allahyarham Mazuan sanggup menunggang motosikal dan membonceng arwah Cik Kisnawita dari Sungai Buloh pada jarak perjalanan yang jauh dan berdepan kesesakan.

Menurutnya, adiknya itu berkenalan dengan wanita berkenaan beberapa bulan lalu dan mereka bekerja di syarikat sama di Damansara.

Katanya, ketika berada di rumah dan di awal Aidilfitri adiknya kurang bercakap serta nampak tidak gembira.

“Apabila ditanya, arwah memberitahu untuk pulang segera ke Sungai Buluh pada hari raya pertama kerana cuma mendapatkan cuti pendek dan terpaksa bekerja selepas hari raya,” katanya.

Cik Marliana berkata mereka mendapat tahu berita kemalangan membabitkan Allahyarham Mazuan daripada seorang ahli keluarga pada jam 6 petang 10 April.

Katanya, mereka sekeluarga ke Hospital Lipis di Pahang, untuk membawa pulang jenazahnya selepas bedah siasat pada 11 April, untuk dikebumikan di Kampung Enggong, Kuala Krai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS-X sambil membonceng seorang rakan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal itu merempuh tembok simen pembahagi jalan selepas dipercayai hilang kawalan menyebabkan kedua-duanya tercampak.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian penunggang lelaki apabila gagal mengawal motosikalnya sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya. – BERITA HARIAN MALAYSIA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >