JAKARTA: Para penduduk Jabodetabek (meliputi Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, dan Bekasi) mula pulang ke kota selepas menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing selepas bercuti selama seminggu bersama keluarga dan sanak saudara.
Menurut data Kementerian Pengangkutan, kira-kira 303,000 kenderaan membawa sejumlah 1.5 juta orang dan 275,000 kereta membawa sejumlah 1.3 juta orang masing-masing memasuki kawasan Jabodetabek melalui jalan tol pada Sabtu,...





