IPOH: Anak sulung Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, antara 10 korban nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, mendedahkan bahawa jenazah ibunya masih sempurna dengan kecederaan di muka.
Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor, seorang pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun, berkata hanya rahang di wajah ibunya, 39 tahun, patah. Selain itu, tiada kecederaan serius...





