PETALING JAYA: Dalam usaha memelihara warisan budaya Malaysia, Jabatan Warisan Negara telah memohon secara rasmi kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) agar wayang kulit Kelantan dimasukkan dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara.
Langkah itu diambil kerana keprihatinan tentang kesinambungan wayang kulit Kelantan kerana ia satu-satunya seni wayang kulit yang tinggal di Malaysia.





