BUTTERWORTH (Pulau Pinang): Seorang penyelia kilang pembuatan maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di atas sebuah kren di tempatnya bekerja.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Encik Hairozie Asri, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian pada 5 Mei itu, mangsa – warga tempatan berusia 51 tahun – sedang menyelia kerja penyelenggaraan...





