Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyelia kilang maut jatuh dari kren setinggi 20m

May 7, 2024 | 1:19 PM
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang menjalankan siasatan insiden penyelia kilang maut selepas terjatuh dari ketinggian 20 meter ketika menjalankan kerja penyelenggaraan kren di tempat kerjanya.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang menjalankan siasatan insiden penyelia kilang maut selepas terjatuh dari ketinggian 20 meter ketika menjalankan kerja penyelenggaraan kren di tempat kerjanya. - Foto hiasan SINAR HARIAN

BUTTERWORTH (Pulau Pinang): Seorang penyelia kilang pembuatan maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di atas sebuah kren di tempatnya bekerja.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Encik Hairozie Asri, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian pada 5 Mei itu, mangsa – warga tempatan berusia 51 tahun – sedang menyelia kerja penyelenggaraan oleh pekerja di kilang pembuatan berkenaan.

“Sepasukan pegawai penyiasat JKKP Pulau Pinang telah ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter,” katanya dalam satu kenyataan pada 6 Mei, lapor Free Malaysia Today.

Susulan itu, Encik Hairozie berkata notis menghentikan kerja serta-merta dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Beliau berkata majikan turut diarahkan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian, langkah penambahbaikan dan membentangkan kes kepada JKKP.

“Dalam pada itu, JKKP turut menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenal pasti dan lawatan susulan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil,” katanya.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan di Serdang, Selangor, seorang anggota polis maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat Taman Tenaga, Jalan Puchong, Bandar Kinrara, Puchong, pada 6 Mei.

Ketua Polis Daerah Serdang, Penolong Pesuruhjaya AA Anbalagan, berkata anggota berpangkat Lans Koperal berusia 29 tahun itu maut selepas terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya.

Encik Anbalagan berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala lelaki tempatan berusia 36 tahun yang memandu MPV itu ditahan di sebuah balai polis di Puchong, kira-kira 7.30 malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg