PARIS: Kylian Mbappe menyumbat gol pada penampilan terakhir di laman sendiri sebagai pemain Paris Saint-Germain (PSG) pada 13 Mei, tetapi juara Perancis itu mengalami kekalahan mengejut 1-3 menentang Toulouse pada malam mereka menjulang trofi kejuaraan Liga 1 Perancis.
Mbappe mengesahkan dalam satu video yang disiarkan dalam media sosial pada 11 Mei bahawa beliau akan meninggalkan PSG apabila kontraknya tamat hujung...





