Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mbappe ucap selamat tinggal dalam kekalahan

May 13, 2024 | 2:29 PM
Penyerang PSG, Kylian Mbappe (barisan depan, dua dari kiri), meraikan bersama rakan sepasukannya trofi kejuaraan Ligue 1 Perancis selepas aksi menentang Toulouse di Parc des Princes, Paris, pada pagi 13 Mei.
Penyerang PSG, Kylian Mbappe (barisan depan, dua dari kiri), meraikan bersama rakan sepasukannya trofi kejuaraan Ligue 1 Perancis selepas aksi menentang Toulouse di Parc des Princes, Paris, pada pagi 13 Mei. - Foto REUTERS

PARIS: Kylian Mbappe menyumbat gol pada penampilan terakhir di laman sendiri sebagai pemain Paris Saint-Germain (PSG) pada 13 Mei, tetapi juara Perancis itu mengalami kekalahan mengejut 1-3 menentang Toulouse pada malam mereka menjulang trofi kejuaraan Liga 1 Perancis.

Mbappe mengesahkan dalam satu video yang disiarkan dalam media sosial pada 11 Mei bahawa beliau akan meninggalkan PSG apabila kontraknya tamat hujung musim ini, menamatkan tujuh tahun beraksi di kelab itu.

Real Madrid dijangka menjadi destinasi berikutnya buat pemain itu.

Pemergian Mbappe dari Paris bukan lagi rahsia sejak Februari lalu, apabila beliau secara peribadi memaklumkan kepada kelab itu mengenai keinginannya untuk berpindah.

Mbappe menyarung lilitan lengan kapten dan membuka tirai jaringan awal pada minit kelapan menentang Toulouse untuk mengumpul 44 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Namun Thijs Dallinga dengan pantas menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat sebelum Yann Gboho meletakkan Toulouse di depan dengan jaringan menakjubkan pada babak kedua. Frank Magri melengkapkan kemenangan itu pada masa kecederaan.

PSG, yang melakukan 10 perubahan pemain sejak disingkirkan Borussia Dortmund pada separuh akhir Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu, hanya mengekalkan Mbappe dalam pasukan.

Kekalahan itu hanya yang kedua baginya dalam Liga 1 musim ini dan yang pertama dalam 27 perlawanan sejak September lalu.

Mbappe telah menjaringkan 256 gol bersama PSG, satu rekod kelab sejak menyertai PSG dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian yang bernilai 180 juta euro ($263 juta).

Jumlah 191 golnya dalam liga utama Perancis, termasuk 16 gol bersama Monaco pada awal kerjayanya, meletakkan beliau di tempat ketujuh dalam senarai penjaring sepanjang zaman.

Jurulatih Luis Enrique menganggap pemain berusia 25 tahun itu sebagai “seorang legenda kelab”.

“Saya mendengar tepukan, penyokong memberinya penghormatan yang sewajarnya. Beliau adalah legenda kelab walaupun masih muda,” kata Enrique ketika bercakap kepada media.

PSG masih boleh menamatkan musim dengan melengkapkan kejuaraan berganda domestik, apabila mereka berdepan Lyon pada final Piala Perancis di Lyon pada 25 Mei ini. – AFP

Laporan berkaitan
Mbappe hukum BarcelonaApr 17, 2024 | 11:59 AM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg