BAITULMAKDIS: Pimpinan tertinggi pemerintahan Israel dilihat tidak sehaluan mengenai peperangan di Gaza selepas salah seorang menteri Kabinetnya secara terbuka menuntut strategi jelas daripada Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, berhubung perkara itu baru-baru ini.
Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, mahu Encik Netanyahu menjelaskan rasionalnya kenapa tentera Zionis kembali menyerang kubu kumpulan Hamas di kawasan yang dianggap sudah ‘dibersihkan’ beberapa bulan...





