Pertubuhan Palang Merah Singapura (SRC) telah mengikrarkan sebanyak $50,000 bagi membantu mangsa banjir kilat di Afghanistan, selain melancarkan rayuan mengumpul dana untuk menyokong operasi bantuan dan pemulihan.
Dalam satu kenyataan media pada 20 Mei, SRC berkata dana tersebut akan digunakan untuk memenuhi keperluan segera mangsa yang terjejas, termasuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, penjagaan trauma kecemasan, barangan bukan makanan, serta...





