Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 meningkat kepada 280 sepanjang minggu lalu, kata Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung, sedang beliau menekankan gesaannya agar mereka yang lemah dan terdedah mendapatkan suntikan vaksin tambahan.
Bagi memastikan golongan warga emas yang lemah dan terdedah ini lebih mudah mendapatkan vaksinasi mereka, pasukan vaksinasi Covid-19 bergerak akan dikerah ke lokasi estet perumahan...





