Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah pesakit Covid-19 masuk hospital naik 280 minggu lalu

May 25, 2024 | 8:21 PM
Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung, menekankan gesaannya agar mereka yang lemah dan terdedah mendapatkan suntikan vaksin tambahan.
Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung, menekankan gesaannya agar mereka yang lemah dan terdedah mendapatkan suntikan vaksin tambahan. - Foto fail

Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 meningkat kepada 280 sepanjang minggu lalu, kata Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung, sedang beliau menekankan gesaannya agar mereka yang lemah dan terdedah mendapatkan suntikan vaksin tambahan.

Bagi memastikan golongan warga emas yang lemah dan terdedah ini lebih mudah mendapatkan vaksinasi mereka, pasukan vaksinasi Covid-19 bergerak akan dikerah ke lokasi estet perumahan yang terpilih di serata pulau mulai sekarang hingga 28 Jun.

Bilangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital kian meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan sekitar 250 kes sedemikian bagi minggu 5 Mei hingga 11 Mei, naik daripada 181 kes sebelum itu.

Bercakap di Fiesta Kesihatan Kaki Bukit pada 25 Mei, Encik Ong menggesa penduduk terutamanya warga senja, untuk melindungi diri mereka dengan memakai pelitup atau mendapatkan dosaj tambahan vaksin Covid-19.

“Dapatkan vaksinasi anda setahun sekali, terutamanya jika anda lebih tua,” katanya di acara itu, yang berlangsung di Pusat Masyarakat Kaki Bukit.

Ini timbul menyusuli gelombang jangkitan Covid-19, yang didorong subvarian KP.1 dan KP.2, yang membentuk lebih daripada dua pertiga kes Covid-19 di sini.

Sehingga 3 Mei, Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikan KP.2 sebagai varian di bawah pemantauan.

Namun MOH menekankan bahawa tiada petanda di peringkat sejagat mahu pun setempat, bahawa KP.1 dan KP.2 lebih mudah menular atau menyebabkan penyakit lebih teruk berbanding varian yang ada kini.

Encik Ong menambah bahawa gelombang masa kini dijangka memuncak jelang akhir Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg