JOHOR BAHRU: Bermula 1 Jun, rakyat Malaysia boleh menggunakan kod respons pantas (QR) berbanding pasport untuk pelepasan imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata bagi fasa pertama, penggunaan kod QR ini khusus bagi pengguna bas dan penunggang motosikal...





