Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah sejauh ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analisis video untuk pemeriksaan keselamatan tapak kerja di 22 projek perumahan baru yang ditender mulai Januari 2023.
Selain itu, kontraktor bagi 30 projek perumahan HDB baru yang telah ditender untuk pembinaan sebelum Januari 2023 dikehendaki menggunakan teknologi AI untuk meningkatkan pemeriksaan keselamatan manual di tapak kerja...





