Dalam setiap perkara yang diusahakan, penyanyi kelahiran Singapura, Farisha Ishak, yang juga juara peraduan realiti The Final 1, tidak pernah menetapkan impian untuk jadi yang terbaik.
Namun, berbekal disiplin, keihsanan dan keinginan ikhlas melihat golongan yang sering disalah anggap sebagai kelompok lemah seperti wanita dan kaum minoriti melangkah jauh dalam pergolakan dunia tidak menentu, Farisha, 30 tahun, mampu merealisasikan impian...





